Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menghayatinya kepada semua umat Islam. Semoga dgn kehadiran bulan yg mulia ini dapat melatih dan menjadikan kita hamba yang setia kpd Pencipta Yang Maha Kuasa.

Rasulullah saw. yang bermaksud : "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my Muslim friends....


Read more...

Ahad, 18 Julai 2010

< 'Dia datang' >

Dah agak lama aku tak buat catatan, kadangkala tu bukan ada apa-apa nak cerita. Lagipun aku bukan pandai sangat dlm bab ni. Cuma hari ni ada sesuatu yang aku nk paparkan dlm blog ni. Mungkin satu luahan kot. Sejak kebelakangan ni aku rasa lain macam jer. Macam-macam yang aku fikirkan. Memang ada sesuatu yg membuatkan aku tension sikit. Semuanya selepas aku buat temujanji 14 Jul lepas dan Dr kata "Hyperthyroidism', maka bermulalah satu lagi "detik bersejarah' aku. Ya, aku disahkan mengidap Hyperthyroidism atau Thyrotoxicosis. Dari apa yang aku baca, ianya berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan dan organ. Nk tahu lebih lanjut, klik disini.
Yg pasti... aku pun tak berapa tahu sangat pasal tairod ni. Aku tanyakan pada kawan aku..Dr Faizal, classmate sekolah menegah dulu. Katanya "selalunye cuma operation kalau hormon tak terkawal oleh ubat...kalau kena op memang kena ambik ubat sepanjang hayat coz hormon thyroxine abis...alternative lain radioiodine...mana satu bergantung mcmana kawalan oleh ubat..kalau bengakkan makin besar kena op gak"

Kena operate..? tu yg buat ketaq lutut. Apa tidaknya.. nk kena "sembelih"... serah tengkuk jer laa... he3. Bila tengok video kt bawah ni.. lagi laa aku kecut. Apa yang diharapkan, tu tidaklah sebegitu jadinya. Cuma apa yang akan aku lalui nanti, aku tak pasti.. semuanya adalah ketentuan-NYA.
Pasal tairod inilah juga, aku terbaca blog kakaktua , THYROID TALK... [ jom sembang pasal tairod..] memaparkan pengalaman penulis mengenai tairod. Iyalah... samada kita pesakit tairod atau tidak, sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi pengetahuan, pengalaman atau apa-apa saja yang yang kita tahu pasal tairod. Yang pasti - hanya aku dan 'ahli kelab' aku yg memahaminya.

Apa-apa pun, semuanya selepas temujanji aku yg kedua nanti.. penghujung Ogos nanti

Thyroidectomy


.

"Kita bermula sebagai seorang yang baru." - aDm















Read more...

Rabu, 5 Mei 2010

Sahabatku..

Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku, kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Apa yang ingin kunyatakankan di sini sebenarnya aku cukup gembira.. teramat gembira sbb aku telah bertemu dgn sahabat-sahabat ku. Dah lama tak jumpa, lebih 20 tahun terputus hubungan. Sejak tamat persekolahan, baru sekarang kami dpt berhubung semula. Meskipun tidak bersua muka, namun itu sudah cukup membuatkan aku 'gumbira'.. semuanya melalui carian kawan di facebook. Walaupun demikian, bagi segelintir orang, persahabatan seringnya ditakrifkan secara negatif di mana mungkin menjejaskan atau mengapa-apakan mereka. Menurut sahabatku , Jamilah.. " Kadang-kadang orang selalu menyalah ertikan sebuah persahabatan. Persahabatan merupakan ikatan ukwah yang tidak akan terputus, tanpa rasa curiga, cemburu, hasad dengki.. Malah persahabatan yang tulus memerlukan keikhlasan hati yang suci. Melalui FB persahabatan lama dapat dieratkan kembali. Bertanya khabar , berkongsi ..."

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mencari sahabat sejati, namun tidak semua orang mendapatkannya. Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar dengaanmu dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Ramai pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Terimakasih sahabat. Walaupun tidak semua yg aku temui, namun ianya cukup bermakna.. nostalgia kenangan silam. Jamilah, Rohaizat, Shamsuddin, Roslimah, Faizal, Rozlin, Halipah, Rosman, Rafi, Zakiah, Ng Siok Bing.. itu saja yg aku temui.. Di manakah yg lain..?
Mungkin dah lost contact dan bawa haluan masing2..

Indahnya Persahabatan

"Tiada mutiara sebening cinta..
Tiada sutra sehalus kasih sayang
..

Tiada embun sesuci ketulusan hati..

Dan tiada hubungan seindah persahabatan..

Sahabat bukan..

MATEMATIK

yang dapat dihitung nilainya..

EKONOMI

yang mengharapkan materi..

Tetapi..

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..


Betapa puisi persahabatan tersebut terasa penuh makna kehidupan yang tidak pernah akan kering kerana disirami oleh rasa percaya akan sesama sahabat yang begitu melekat dalam hati. Pastinya kita semua sepakat bahawa persahabatan memang sangat indah maka untuk mengungkapkannya pun harus dengan kata-kata yang sepadan untuk mengambarkan persahabatan itu sendiri.








Read more...