Ahad, 18 Julai 2010

< 'Dia datang' >

Dah agak lama aku tak buat catatan, kadangkala tu bukan ada apa-apa nak cerita. Lagipun aku bukan pandai sangat dlm bab ni. Cuma hari ni ada sesuatu yang aku nk paparkan dlm blog ni. Mungkin satu luahan kot. Sejak kebelakangan ni aku rasa lain macam jer. Macam-macam yang aku fikirkan. Memang ada sesuatu yg membuatkan aku tension sikit. Semuanya selepas aku buat temujanji 14 Jul lepas dan Dr kata "Hyperthyroidism', maka bermulalah satu lagi "detik bersejarah' aku. Ya, aku disahkan mengidap Hyperthyroidism atau Thyrotoxicosis. Dari apa yang aku baca, ianya berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan dan organ. Nk tahu lebih lanjut, klik disini.
Yg pasti... aku pun tak berapa tahu sangat pasal tairod ni. Aku tanyakan pada kawan aku..Dr Faizal, classmate sekolah menegah dulu. Katanya "selalunye cuma operation kalau hormon tak terkawal oleh ubat...kalau kena op memang kena ambik ubat sepanjang hayat coz hormon thyroxine abis...alternative lain radioiodine...mana satu bergantung mcmana kawalan oleh ubat..kalau bengakkan makin besar kena op gak"

Kena operate..? tu yg buat ketaq lutut. Apa tidaknya.. nk kena "sembelih"... serah tengkuk jer laa... he3. Bila tengok video kt bawah ni.. lagi laa aku kecut. Apa yang diharapkan, tu tidaklah sebegitu jadinya. Cuma apa yang akan aku lalui nanti, aku tak pasti.. semuanya adalah ketentuan-NYA.
Pasal tairod inilah juga, aku terbaca blog kakaktua , THYROID TALK... [ jom sembang pasal tairod..] memaparkan pengalaman penulis mengenai tairod. Iyalah... samada kita pesakit tairod atau tidak, sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi pengetahuan, pengalaman atau apa-apa saja yang yang kita tahu pasal tairod. Yang pasti - hanya aku dan 'ahli kelab' aku yg memahaminya.

Apa-apa pun, semuanya selepas temujanji aku yg kedua nanti.. penghujung Ogos nanti

Thyroidectomy


.

"Kita bermula sebagai seorang yang baru." - aDm














4 comments:

cikyah.blogspot berkata...

anggap ini sebagai ujian dari Allah. Allah tengah sayang bangat kat en Adam sbb tu Dia bagi ujian sikit je. Kalau lulus ni dapat markah, dah siap tertulis di 'sana'. Ramai lagi hamba Allah di luar sana yg sedang berperang antara hidup n mati disebabkan penyakit lagi kronik daripada penyakit en Adam ni. So be patients k :)

Mohd Adam Bin Mohd Salleh berkata...

Terimakasih Pn Madiah... Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".
( Surah At Taubah : Ayat 59 )

Mohd Adam Bin Mohd Salleh berkata...

mcm ustaz pulak aku ni... he3

cik nor berkata...

Salam.tyroid ni ada pelbagai jenis.pesakit akn merasa letih selalu dan kalau teruk bg permpuan pula mereka tkkan dibenarkan hamil bt sementara.ubat mmg tkleh tinggal.sy sarankan en.adam mengamalkan madu khaula disamping ubatan moden dan bt susulan di hospital setiap bln spt di arahkan doktor.Insyallah penyakit saudara akn berkurangan dan beransur sembuh.Sy ada bberapa plgn yg smbuh sepenuhnya slps amalkn madu khaula.