Selasa, 7 September 2010

Di kesempatan yg terluang ini, saya berserta keluarga mengucapkan Selamat Menyambut kedatangan 1 Syawal 1431H dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kami mohon kemaafan dan keampunan jika ada tersalah kata atau apa-apa pun yang menyinggung perasaan terutama apa yang terkandung dlm blog ini.
Tiada pemberian yang terindah selain kata maaf. Tiada perbuatan yang termulia selain memaafkan. Mari sama-sama kita satukan tangan, satukan hati - itulah indahnya siratulrahim. Di hari kemenangan ini, kita padukan keiklasan untuk saling memaafkan.

Andai jemari tak sempat berjabat,
Jika raga tak bisa bersua,
Bila ada kata membekas luka,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan kami bersimpuh sila,
Menghulur tangan di bulan mulia,
Semoga pintu maaf masih terbuka...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Minal 'aiidzin wal Faidzin.. maaf zahir batin dari kami sekeluarga.


Read more...

Isnin, 9 Ogos 2010

Salam Ramadhan Al Mubarak..

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak dan menghayatinya kepada semua umat Islam. Semoga dgn kehadiran bulan yg mulia ini dapat melatih dan menjadikan kita hamba yang setia kpd Pencipta Yang Maha Kuasa.

Rasulullah saw. yang bermaksud : "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini.

Nabi Muhammad s.a.w ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Salam Ramadhan Al-Mubarak to all my Muslim friends....


Read more...

Ahad, 18 Julai 2010

< 'Dia datang' >

Dah agak lama aku tak buat catatan, kadangkala tu bukan ada apa-apa nak cerita. Lagipun aku bukan pandai sangat dlm bab ni. Cuma hari ni ada sesuatu yang aku nk paparkan dlm blog ni. Mungkin satu luahan kot. Sejak kebelakangan ni aku rasa lain macam jer. Macam-macam yang aku fikirkan. Memang ada sesuatu yg membuatkan aku tension sikit. Semuanya selepas aku buat temujanji 14 Jul lepas dan Dr kata "Hyperthyroidism', maka bermulalah satu lagi "detik bersejarah' aku. Ya, aku disahkan mengidap Hyperthyroidism atau Thyrotoxicosis. Dari apa yang aku baca, ianya berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan dan organ. Nk tahu lebih lanjut, klik disini.
Yg pasti... aku pun tak berapa tahu sangat pasal tairod ni. Aku tanyakan pada kawan aku..Dr Faizal, classmate sekolah menegah dulu. Katanya "selalunye cuma operation kalau hormon tak terkawal oleh ubat...kalau kena op memang kena ambik ubat sepanjang hayat coz hormon thyroxine abis...alternative lain radioiodine...mana satu bergantung mcmana kawalan oleh ubat..kalau bengakkan makin besar kena op gak"

Kena operate..? tu yg buat ketaq lutut. Apa tidaknya.. nk kena "sembelih"... serah tengkuk jer laa... he3. Bila tengok video kt bawah ni.. lagi laa aku kecut. Apa yang diharapkan, tu tidaklah sebegitu jadinya. Cuma apa yang akan aku lalui nanti, aku tak pasti.. semuanya adalah ketentuan-NYA.
Pasal tairod inilah juga, aku terbaca blog kakaktua , THYROID TALK... [ jom sembang pasal tairod..] memaparkan pengalaman penulis mengenai tairod. Iyalah... samada kita pesakit tairod atau tidak, sekurang-kurangnya kita boleh berkongsi pengetahuan, pengalaman atau apa-apa saja yang yang kita tahu pasal tairod. Yang pasti - hanya aku dan 'ahli kelab' aku yg memahaminya.

Apa-apa pun, semuanya selepas temujanji aku yg kedua nanti.. penghujung Ogos nanti

Thyroidectomy


.

"Kita bermula sebagai seorang yang baru." - aDm















Read more...